Selepas Sebulan Apex Legends Mencecah 50 Juta Pemain

Apex Legends mengambil masa lapan jam untuk mencecah ke satu juta pemain, 24 jam untuk mencecah 2.5 juta pemain dan 72 jam untuk mencecah 10 juta pemain. Seminggu selepas itu angka tersebut meningkat ke 25 juta pemain dengan bilangan yang tinggi menunjukkan seramai 2 juta pemain sedang bermain dalam satu-satu permainan dan ia menunjukkan tiada tanda-tanda untuk berhenti.

Dalam satu video yang diterbitkan pada awal hari ini melalui akaun YouTube rasmi permainan ini mengumumkan bahawa battle royale oleh syarikat Respawn, walaupun hanya telah keluar selama sebulan kini mempunyai lebih daripada 50 juta pemain berdaftar.

Sistem ping yang digunakan dalam permainan tersebut menunjukkan bahawa ianya suatu sistem yang berjaya dimana 31 billion ping telah digunakan dalam permainan tersebut sehingga hari ini.

Fortnite mengambil masa 16 minggu untuk mencecah angka seramai 45 juta pemain yang bermain permainannya sementara Apex Legends hanya mengambil masa 4 minggu untuk mencapai angka tersebut, ini sesuatu yang menakjubkan.


 Apex Legends Official Youtube


Tidak hairanlah mengapa sekarang streamer-streamer gaming di Twitch dan Youtube yang terkenal telah beralih dari permainan seperti Fortnite dan Pubg kepada Apex Legends sepenuh masa bagi mempromosi chanel-chanel mereka.


 Selepas Sebulan Apex Legends Mencecah 50 Juta Pemain