PUBG Ban Di India Seramai 16 Pemain Telah Ditangkap

PUBG Ban Di India Seramai 16 Pemain Telah Ditangkap

Beberapa bandar di India telah ban PUBG Mobile dan pengharaman atau ban tersebut telah membawa kepada peningkatan penangkapan polis. Akhbar-akhbar media India telah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 16 penangkapan telah dilakukan setakat ini, walaubagaimana pun kebanyakkan mereka yang ditangkap telah menerima tindakan ringan dari pihak berkuasa di mana mereka yang ditangkap dibebaskan dengan jaminan polis.

Ini bukanlah pertama kalinya kita mendengar pihak polis mengambil tindakan terhadap permainan PUBG, di mana pihak berkuasa China menangkap ramai pembuat-pembuat cheat untuk pemain-pemain PUBG yang bermula tahun lepas, tetapi inilah kali pertama di mana penangkapan dilakukan kerana hanya dengan bermain permainan tersebut. Eurogamer melaporkan pertambahan bandar-bandar di India telah mengharamkan atau ban permainan PUBG atas kekhuatiran tentang penagihan dan promosi keganasan oleh permainan tersebut.

The Indian Express melaporkan sepuluh penangkapan telah dilakukan bermula di bandar Rajkot, walaubagaimana pun pesuruhjaya polis Manoj Agrawal memberitahu bahawa "ianya adalah kesalahan yang boleh diikat jamin." Setelah ditangkap "mereka akan terus dibebaskan dengan jaminan polis. Kes tersebut akan dibawa ke mahkamah dan pendakwaan dilakukan atas tidak mengikut isu arahan."

Telefon-telefon pintar para pemain juga dirampas bagi membantu siasatan. Selepas penangkapan tiga pemuda di balai polis Rajkot, inspektor polis Rohit Raval berkata "Permainan ini sangat menagihkan dan mereka yang tertuduh sangat asyik memainkan permainan tersebut sehingga mereka tidak sedar pasukan kami menghampiri mereka."

Selepas laporan tersebut, enam orang lagi ditangkap hari ini, sebuah kumpulan "pelajar-pelajar universiti dan kawan-kawan mereka yang masih muda." Inspektor polis Naran Chudasama memberitahu the Indian Express bahawa "Mereka ditangkap selepas kami mengfailkan kes terhadap mereka pada awal hari Khamis. Kemudian kami membebaskan mereka dengan ikat jamin."

Pengharaman atau ban tersebut dilaporkan dikuatkuasakan dibawah seksyen 188 Kanun Keseksaan India di mana hukuman maximum adalah satu bulan penjara dan saman yang berjumlah kecil.