Prestasi Kad Grafik GTX 1060 dan RX 580 Untuk Permainan PC Apex Legends

Prestasi GTX 1060 dan RX 580 Untuk Permainan PC Apex Legends

Analisa prestasi permainan pc Apex Legends. Setting terbaik untuk mendapatkan 60fps. Siap sediakan kad grafik NVIDIA dan AMD anda untuk permainan ini.

Apex Legends telah menakluki dunia secara tiba-tiba dengan kejutan pelancarannya pada 4 Februari 2019. Kini terdapat lebih daripada 50 juta orang bermain permainan ini sejak satu bulan dari tarikh pelancarannya. Dan kenaikan stat pemain yang mendadak dan tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa ianya akan berhenti, ini menjadikan permainan PC Apex Legends permainan battle royale yang pertama untuk datang mengetuk pintu di menara gading Fortnite.

Apex Legends diperbuat daripada sumber enjin Valve Corporation iaitu sebuah enjin yang dibuat pada suatu masa yang lalu boleh dikata telah lapuk, dibuat sebelum Fortnite, sebelum 'lootboxes'. Syarikat Respawn Entertainment telah memperbaiki enjin ini dari Titanfall 2 dan memberikannya nafas baru untuk kemunculan permainan battle royale barunya sambil melakukan beberapa tweak tambahan pada grafiknya seperti SSAO, volumetric lighting dan sun shadow coverage yang anda boleh dapatinya di setting menu permainan ini. Ini membuatkan permainan ini suatu permainan PC yang memerlukan sekurang-kurangnya kad grafik tahap level pertengahan untuk mencapai grafik setting yang tinggi.

Kad Grafik NVIDIA GTX 1060 dapat mengendali permainan pc ini melebihi 60fps pada 1080p walaupun dengan beberapa setting yang paling tinggi. Kad Grafik AMD RX 580 prestasinya lebih baik berbanding GTX 1060 dalam permainan ini disebabkan kelebihan memory 8GB GDDR5 berbanding dengan GTX 1060 yang hanya memiliki memory 6GB. Di sini AMD dapat mengendalikannya dengan mudah untuk mendapat minimum di atas 60fps walaupun dengan visual yang paling tinggi.


setting permainan pc apex legends

BENCHMARK UNTUK APEX LEGENDS PADA 1080P


GTX 1060 APEX LEGENDS 1080P BENCHMARKS

RX 580 APEX LEGENDS 1080P BENCHMARKS

Ambient occlusion bertanggungjawab untuk sebahagian besar tuntutan grafik permainan pc ini. Volumetric lighting juga penyebab besar kejatuhan fps, keduanya boleh dimatikan atau dikurangkan bagi menaikkan kembali fps.

Permainan pc Apex Legends ini menghadkan fps kepada 144fps. Ini boleh dibuang dengan menambahkan perkataan ini +fps_max unlimited pada baris perintah atau command line pada permainan tersebut. Begini cara melakukannya:

  • Buka Origin
  • Pergi ke Game Library
  • Pilih Apex Legends
  • Buka Game Properties dari Settings cog icon
  • Klik Advanced Launch Options
  • Taip +fps_max unlimited pada Command line arguments
  • Save changes

Tetapi semasa permainan di mana keadaan aksi perlawanan semakin hangat, terutama sekali apabila skuad-skuad yang berbilang mula beraksi dalam peperangan pada kiri dan kanan, frame times boleh meningkat dengan laju di mana ianya akan menyebabkan frame stutter berlaku.

Untuk mengelakkan berlakunya frame stutter, 'adaptive resolution' menjadi penyelesaiannya. Tetapkan 'adaptive resolution' pada sasaran '60' atau sedikit tinggi untuk peluang anda menetapkan framerates minimum pada 60fps semasa berlakunya aksi hangat di dalam permainan.

Seperti biasa penting untuk mengupdate driver kad grafik anda untuk mendapatkan prestasi yang sepenuhnya dari permainan pc online battle royale ini. Nvidia telah mengeluarkan Game Ready drivers, 419.35, khas untuk permainan Apex Legends, menawarkan optimisasi, profil SLI dan bug fixes untuk permainan battle royale ini.

Salah satu pembaikan atau bug fix adalah untuk mesej DXGI_ERROR_DEVICE_HUNG error yang menyebabkan in-game crashes.

Akhir kata di dalam pemilihan prestasi, kad grafik AMD RX 580 menunjukkan prestasi yang lebih baik dari Nvidia  GTX 1060 dan peluang yang lebih untuk sentiasa berada pada tahap minimum 60fps dalam apa jua keadaan sekalipun semasa anda bermain permainan tersebut tapi perbezaan diantara kedua kad grafik itu tidaklah terlalu ketara dan perbezaannya agak kecil sahaja.