Permainan PC Terbaik Yang Merilekskan

Permainan PC Terbaik Yang Merilekskan

Sudah muak dengan permainan-permainan PC yang penuh dengan letupan dan keganasan? Di sini ada sebuah tajuk permainan PC terbaik yang dapat merilekskan minda anda.

Apakah permainan PC yang anda perlu main untuk membantu anda menghilangkan stres tanpa terlalu memfokus kepada keadaan huru-hara permainan tersebut? Kadangkala kita tidak mahu mengakhiri hari kita yang panjang dan sibuk dengan bermain permainan yang memerlukan percubaan 100 kali dengan fokus yang tinggi hanya untuk meneruskan permainan seperti permainan PC Dark Souls.

Disini ada sebuah permainan PC yang dapat merileks anda sambil mempunyai gragik-grafik yang amat indah dan menarik. Permainan  ini sangat merilekskan tanpa aksi-aksi yang ganas atau letupan-letupan yang boleh mengegarkan skrin monitor anda. Ia juga mempunyai soundtrack di mana alunan muziknya yang perlahan-lahan akan menarik anda ke dalam dunia lautan dalam yang menarik dan indah tanpa perlu bergegas dalam memainkan permainan PC ini.

Jika anda perlu berehat seketika dari permainan-permainan battle royale, anda boleh cuba untuk main permainan PC yang amat menarik ini.

 Abzu

ABZU

Terlalu kerap bila kita terjun ke dalam laut semasa bermain sesebuah permainan video kita dihadkan masa bagi menikmati dunia lautan dalam kerana kita perlu kembali naik ke atas untuk bernafas, tetapi tidak bagi permainan PC Abzu ini.

Di sini anda mempunyai sepenuh masa untuk meneroka lautan dalam tanpa kelam-kabut mengejar masa untuk kembali naik ke atas, membolehkan anda untuk betul-betul mengenali keindahan lautan. Keindahan lautan dalam permainan PC Abzu penuh dengan runtuhan-runtuhan kota-kota lama yang membawa cerita seperti cerita dogeng lama. Teka-teki atau puzzle-puzzle dalam permainan video ini tidak terlalu payah untuk anda selesaikan bagi meneruskan perjalanan, tapi keindahan dunia lautan Abzu tersebut akan membuat anda teruja dan ingin untuk meneroka setiap inci dunia tersebut sebelum meneruskan perjalanan anda.

Apabila anda telah selesai duduk di dasar laut yang senyap dan indah, banyak masa anda di Abzu akan dihabiskan dengan menikmati keindahan fauna yang ada di sekitar lautan. Waktu anda berenang dan berpegang di belakang ikan, nama ikan tersebut akan muncul mengajar anda jenis ikan yang anda kenderai. Abzu adalah penawar untuk stres, berenang tenang melalui alam yang cantik dan indah dalam air yang penuh dengan kehidupan laut.

Mata anda akan sentiasa menjadi tertarik dengan sesuatu, dengan keajaiban semulajadi, sebuah runtuhan kota lama yang tersergam indah dan ikan jerung paus lembut dan jinak tapi menakutkan. Walaupun permainan ini berkisar di dalam lautan, ia adalah sebuah dunia yang diterangi dengan baik di mana cahaya matahari menembusi air menyebabkan kelihatan cerah bagi anda menikmati tumbuh-tumbuhan dan kehidupan fauna yang hampir sentiasa mesra dangan anda. Walaupun ikan jerung sekalipun ianya mesra, begitu mesra sehingga membolehkan anda kenderainya dengan berpegang dibelakangnya.

Bagi yang gemar dengan permainan video untuk PC anda perlu cuba bermain permainan Abzu ini dan anda akan dapati keunikkan dan kelainan permainan video ini dengan yang lain, dengan keadaan dan situasinya permainan yang sungguh merilekskan, ia dapat merehatkan minda anda setelah stres menjalani tanggungjawab harian anda.