Pembuat Cheat Apex Legends Mendapat RM20,000 Dalam Masa 4 Hari

Pembuat Cheat Apex Legends Mendapat RM20000 Dalam Masa 4 Hari

Seperti juga dengan mana-mana permainan online PC yang popular, Apex Legends telah pun menyaksikan kebanjiran dengan cheaters atau untuk lebih difahami iaitu pemain-pemain yang menggunakan penipuan untuk memenangi suatu-suatu permainan. Syarikat Respawn telah meningkatkan usaha menangani isu penipuan tersebut dengan membuat ban besar-besaran terhadap pemain-pemain yang menggunakan cheat tetapi usaha ini tidak dapat menghalang kebanjiran besar pemain-pemain yang masih terus mengunakannya dalam game. Menurut satu laporan yang baru, kesemua ini bermakna ianya adalah satu bisnes yang sangat menguntungkan bagi pembuat-pembuat cheat.

Salah satu pembuat cheat tersebut yang keluar dalam laporan Kotaku yang dikenali sebagai 'Dev' berkata bahawa dia mendapat hasil sebanyak USD5,000 atau lebih kurang RM20,000 dari hasil jualan cheat tersebut dalam masa 4 hari sahaja, sebuah pengakuan yang telah disahkan bersama dengan screenshot penyata-penyata kewangan. 'Dev' sebelum ini telah membuat cheat untuk permainan PC online Fortnite yang menyebabkan ramai pemain-pemain PC online battle royale Fortnite telah melompat ke permainan online battle royale Apex Legends yang mempunyai pengawalan anti-cheat yang canggih dan ketegasan syarikat Epic untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap cheaters atau pemain-pemain yang menipu menggunakan cheat.

Dalam satu laporan yang lain, seorang pembuat cheat mendapat hasil yang lebih sederhana iaitu USD400 atau lebih kurang RM1,600 seminggu, tapi keuntungannya makin meningkat dengan penjualan cheat melalui langganan-langganan atau subscriptions. Pembuat cheat ini yang dikenali sebagai 'Adam' memberitahu Kotaku bahawa Apex Legends adalah sebuah permainan online PC yang mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pengguna-pengguna cheat. Pengiklanan untuk pelbagai cheat menunjukkan bahawa pemain-pemain mendapat sebanyak '30 kills' dalam satu-satu permainan dan dapat mengesan pemain-pemain lawan menerusi asap.

Walaupun syarikat Respawn meneruskan ban terhadap pemain-pemain yang menggunakan cheat, ianya adalah suatu perkara yang susah untuk dilaksanakan sebab Apex Legends adalah sebuah permain online percuma atau 'free to play', di mana tiada yang dapat menahan pemain-pemain yang di ban kerana menggunakan cheat tersebut dari membuka akaun lain.

Tapi masalah penipuan bukan sahaja terjadi pada permainan online percuma sahaja. Permainan online berbayar seperti PUBG juga berterusan dengan tindakan ban terhadap pemain-pemain yang menggunakan cheat, dan permainan lain seperti Rainbow Six Siege juga tidak terlepas dengan masalah ini.