Nvidia Kata Jika Lebih Berbelanja Pada Kad Grafik, Anda Akan Lebih Memenangi Fornite

Nvidia Kata Jika Lebih Berbelanja Pada Kad Grafik Anda Akan Lebih Memenangi Fornite

Nvidia kata jika lebih berbelanja pada kad grafik, anda akan lebih memenangi Fornite, satu kenyataan yang pelik tapi itulah yang diperkatakan oleh Jen-Hsun.


Apa yang selalu diperkata oleh Jen-Hsun iaitu "lebih banyak anda membeli, lebih banyak anda dapat berjimat"? Kedua kenyataan ini mempunyai nada yang sama. Menurut data tersendiri Nvidia, kad grafik yang mahal atau kad grafik high-end membolehkan anda mendapat K/D ratio yang tinggi dalam permainan pc PlayerUnknown’s Battlegrounds dan Fortnite dan anda tak perlu menjadi pro esports untuk mencapainya.

Menurutnya monitor pc yang mempunyai refresh rate yang tinggi dan kad grafik yang terbaik adalah senjata kepada pemain-pemain terbaik esports. Secara tak langsung membuktikan bahawa hardware pc adalah faktor yang penting untuk perjalanan pemain-pemain permainan video pc untuk mencapai ke tahap ranking pemain-pemain terbaik esports dan Nvidia menyatakan ianya juga dapat membantu pemain-pemain kasual permainan pc online battle royale.

Tidaklah memeranjatkan dari kesemua syarikat hanya Nvidia yang bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa mempunyai hardware pc yang lebih baik membuatkan seseorang itu menjadi pemain yang lebih baik, kerana ianya memihak kepada kepentingan syarikat mereka.

Bermula dengan siri GTX 600 sebagai garis dasar, K/D ratios pemain meningkat bersama setiap generasi kad-kad grafik. Kedudukan paling teratas adalah siri RTX 20 di mana menurut perangkaan Nvidia ianya menaikkan K/D pemain sebanyak 53%.

Ratio Battle Royale Nvidia

"Data ini bukan bermakna hanya dengan upgrade kad grafik akan menjadikan anda pemain yang lebih baik" kata Nvidia. "Walaubagaimanapun ianya menunjukkan perhubungan diantara hardware pc yang digunakan dan kill/death ratio pemain: mempunyai hardware pc yang betul membolehkan pencapaian FPS tertinggi dan latency terendah yang dapat membantu anda mencapai potensi sepenuhnya di dalam perlawanan."

k/d ration untuk pubg dan fornite

Kita tak dapat menolak perasaan bahawa posting terbaru Nvidia ini ada kaitan dengan kurangnya penjualan kad-kad grafik high-end RTX 20-series mereka sejak kebelakangan ini. Nvidia terpaksa potong petunjuk kewangan (financial guidance) bagi Q4 dengan memotong USD500 juta daripada jangkaan hasil pendapatan syarikat mereka, dan CEO Nvidia, Jen-Hsun Huang, menyatakan dengan memanggilnya sebagai "satu tumbukan di perut" (a real punch in the gut) dalam satu surat kepada para pelabur.

Jadi RTX 2080 Ti mungkin akan membuatkan anda menjadi pemain Fortnite yang lebih baik, setidak-tidaknya menurut perangkaan Nvidia sendiri, tapi adakah K/D ratio dalam permainan "free-to-play" battle royale ini berbaloi untuk anda membelanjakan USD1200 atau lebih kurang RM5000 dari pendapatan titik peluh anda? Itu terpulang kepada anda untuk membuat keputusan, tapi ianya memberi makna baru kepada perkataan “pay-to-win”.

Tidak mendapat kelebihan kompetitif daripada hardware pc bukanlah suatu yang baru dalam dunia permainan pc (pc gaming). Daripada mouse sehingga ke mechanical keyboard kepada headphone yang terbaik semuanya menjadi faktor untuk mendapat hasil permainan yang baik, tetapi sebagai pemain permainan pc secara hobi mahupun sebagai Youtuber atau Twitch streamer tidaklah perlu anda membelanjakan duit yang terlalu banyak untuk melakukannya, kecuali jika anda ada bercita-cita untuk menjadi juara dunia dengan mengalahkan Ninja, Dizzy atau Shroud.

Dengan harga kad-kad grafik terbaru dari RTX 20-series yang agak mahal atau boleh dikatakan terlalu mahal, perlukan pertimbangan yang lebih mendalam dengan menggunakan akal yang waras dan bukannya mengikut perasaan sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk membeli salah satu kad grafik siri ini.

 Nvidia Kata Jika Lebih Berbelanja Pada Kad Grafik, Anda Akan Lebih Memenangi Fornite