Main Apex Legends Caustic Hampir Kalah Tapi .....

 Apex Legends Caustic Gameplay #2 - Full Match on PC (No Commentary)

Saya bermain Apex Legends sebagai 'Caustic' kali ini, dimana team kami hampir kalah tapi menang akhirnya. Bagi yang belum mengetahui mengenai game online battle royale Apex Legends ini, permainan ini dimain beramai-ramai dimana setiap game terdiri daripada 20 pasukan dan setiap pasukan mempunyai 3 pemain menjadikan keseluruhan pemain berjumlah 60 orang untuk setiap perlawanan.

Team saya kali ini terdiri daripada pemain yang mempunyai nickname 'MBeMek' bermain sebagai 'Lifeline' dan 'KecoaKosmik' bermain sebagai 'Bangalore' dan saya sebagai 'Caustic'.

Game kali ni boleh dikata memuaskan saya kerana tiada yang quit atau go offline dari ahli-ahli team kami disepanjang perlawanan tersebut. Dibabak akhir perlawanan dimana tinggal 2 pasukan sahaja, team kami dan team lawan, pertarungan sengit berlangsung dimana 2 ahli dari team kami telah 'down' dan hanya tinggal saya seorang sahaja, begitu juga dengan pihak lawan dimana team mereka juga hanya tinggal satu ahli sahaja yang masih hidup, maka berlakulah 'Showdown one on one' dan akhirnya saya bernasib baik dapat menumbangkan pihak lawan untuk memenangi game tersebut buat team kami.

Subscribe Channel Youtube ⇨ Firewrath123

 Apex Legends Caustic Gameplay #2 - Full Match on PC (No Commentary)