Konami Sedang Membuat Menara Esports Yang Sangat Besar Di Tokyo

Konami Sedang Membuat Menara Esports Yang Sangat Besar Di Tokyo

Syarikat permainan video Konami pada suatu masa dahulu sebagai pembuat permainan video Metal Gear Solid series, sekarang sedang membangunkan sebuah menara di Tokyo yang akan menjadi sebuah pusat esports yang mempunyai pelbagai fungsi.


Bangunan 12 tingkat tersebut akan dinaikkan di kawasan Ginza, Tokyo daerah membeli-belah. Siliconera melaporkan bahawa menara tersebut akan diberi nama Konami Creative Center di mana ia akan menempatkan sebuah arena esports yang canggih berfungsi untuk melatih dan mengajar dalam bidang-bidang esports dan juga sebagai pusat membeli-belah yang khusus dalam penjualan barangan esports.

Pembangunan menara tersebut dijangka siap pada bulan November yang bersesuaian dengan Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.

"Mereka yang mengambil bahagian dalam esports di masa hadapan akan menyamai seperti orang-orang yang mengambil bahagian dalam sukan di kehidupan sebenar seperti bola sepak, malah lebih dari itu." kata president Konami Kimihiko Higashio. Beliau berkata lagi "Berbanding dengan perintis-perintis esports Amerika Syarikat dan Eropah, Jepun masih lagi mempunyai jalan yang jauh. Walaubagaimana pun jika di lihat dari sudut lain, ia bermakna Jepun mempunyai banyak ruang untuk pertumbuhan."

Jelas matlamat Konami di sini, ianya secara khusus mahu menaikkan profil Jepun dalam pertandingan esports antarabangsa dan untuk menaikkan profil esports sebagai satu bentuk sukan yang diiktiraf.

"Saya mahu menunjukkan dunia dari sini di Ginza bahawa penarikan minat terhadap esports tidak akan tewas kepada sukan yang sebenar," kata Higashio.