Kenapa Anda Dinasihati Jangan Membeli GTX 1660 Ti

Kenapa Anda Dinasihati Jangan Membeli GTX 1660 Ti


Dalam post hari ini sebenarnya saya hendak membincangkan supaya kita boleh lebih mendapat kefahaman yang penuh tentang apa yang harus anda lihat apabila membeli kad-kad grafik.

Gtx 1660 Ti adalah suatu yang sudah ditunggu lama sebagai pengganti GTX 1060 yang berharga diantara RM1200 hingga RM1400. Apabila anda bandingkan GTX 1660 Ti dengan GTX 1060 ianya lebih kurang diantara 35% hingga 40% prestasi yang lebih baik dengan harga yang lebih kurang sama semasa dilancarkan. Ianya merupakan suatu penambahbaikan yang besar yang membuatkannya sebagai satu kad grafik yang menarik untuk dibeli, lebih-lebih lagi prestasinya yang lebih kurang sama dengan prestasi GTX 1070 dan ianya adalah satu-satunya kad grafik yang mudah untuk disyorkan supaya anda membelinya dan hakikatnya antara GTX 1660 Ti dan GTX 2060, Gtx 1660 Ti adalah terbaik dari segi bandingan harga untuk prestasi yang ada di pasaran sekarang.

Jika pandangan tadi dilihat baik supaya membeli GTX 1660 Ti, jadi kenapa anda dinasihati jangan membeli kad grafik tersebut? Ini adalah disebabkan oleh perbandingan yang dilihat dari segi pembelian kad grafik terpakai di mana anda boleh mendapat prestasi yang sama atau jauh lebih tinggi dengan harga yang sama atau lebih murah dari GTX 1660 Ti.

Di pasaran Malaysia sekarang, harga kad grafik terpakai GTX 1070, anda boleh dapatinya dengan harga diantara RM900 hingga ke RM1000 di mana anda boleh jimat sehingga RM500 dalam pembelian anda dan prestasi kedua kad grafik tersebut adalah lebih kurang sama disamping kelebihan yang ada pada GTX 1070 yang mempunyai VRAM 8Gb berbanding VRAM hanya 6Gb untuk GTX 1660 Ti. Ini adalah penting jika anda ingin memakai kad grafik tersebut dalam jangkamasa panjang kerana permainan-permainan video dimasa akan datang memerlukan kad-kad grafik yang mempunyai VRAM yang lebih tinggi agar permainan-permainan video tersebut dapat dimainkan dengan lancar pada setting yang tinggi.

Jika dibandingkan pula dengan kad grafik terpakai GTX 1070 Ti, anda boleh dapatinya dengan harga diantara RM1400 hingga RM1500 yang mempunyai harga jualan yang sama dengan GTX 1660 Ti tetapi mempunyai prestasi yang jauh lebih tinggi dan mempunyai VRAM yang lebih besar iaitu 8Gb.

Bagi mengakhiri perbincangan ini, jika anda hanya berminat untuk membeli kad grafik yang baru sahaja tanpa memperdulikan kelebihan yang anda boleh dapati dari kad-kad grafik terpakai seperti GTX1070 atau GTX 1070 Ti diatas GTX 1660 Ti maka kad grafik GTX 1660 Ti adalah untuk anda dan anda disyorkan membelinya. Tapi jika anda seorang yang mengambil kira tentang kelebihan-kelebihan kad grafik terpakai dibandingkan dengan kad grafik baru maka GTX 1660 Ti menjadi satu pembelian yang merugikan. Jadi akhir kata anda sebagai pembeli yang membuat keputusan.