EA Dilaporkan Membayar Ninja RM4 Juta Supaya Streaming Bermain Apex Legends

EA Dilaporkan Membayar Ninja RM4 Juta Supaya Streaming Bermain Apex Legends

Pada saat ini, permainan online battle royale yang dimiliki oleh syarikat Respawn tidak perlu banyak bantuan dari segi kejayaannya, bilangan para pemain-pemain permainan online ini telah membuktikannya. Tetapi EA membuat pelaburan yang besar ke atas streamers-streamers sejurus  dengan pengumuman baru permainan tersebut dan sekarang kita telah dapat gambaran penuh betapa besar pelaburan tersebut. Dalam laporan yang baru menyatakan Tyler ‘Ninja’ Blevins telah dibayar sebanyak USD1 juta atau lebih kurang RM4 juta untuk bermain permainan tersebut semasa pelancarannya.

Angka tersebut didapati dari satu sumber yang tanpa nama melalui wawancara Reuters, walaubagaimana pun wakil-wakil bagi kedua-dua syarikat EA dan Ninja menolak dari membuat sebarang komen tentang kesahihan angka tersebut. Pendapatan Ninja sebelum ini berlegar dalam lingkungan USD500,000 atau lebih kurang RM2 juta sebulan pada tahun lepas, jadi bonus dari EA memberikan kelebihan keuntungan di atas pendapatan bulanannya.

Memandangkan betapa cepat komuniti terpaut dengan permainan Apex Legends, syarikat EA semestinya berpuas hati dengan keadah-kaedah yang telah digunakannya bagi pemasaran permainan tersebut. Ketua produksi Drew McCoy berkata "kami benar-benar mahu menghasilkan keadaan di mana anda tidak dapat melupakan permainan tersebut walaupun sehari dan kami mahukan ianya seperti anda merasakan bahawa ada sebuah acara sedang berlangsung di seluruh dunia pada hari tersebut."

Ninja sekarang ini menghabiskan kebanyakkan dari masanya kembali bermain Fortnite, permainan yang membuatnya terkenal, tetapi kadangkala dia juga ada membuat streaming permainan Apex Legends.

Syarikat EA juga membayar 'Shroud' satu jumlah yang tidak diketahui, untuk beberapa stream awal permainannya dan dia didapati lebih menumpukan sepenuh masanya dalam permainan Apex Legends berbanding Ninja.

Battle pass Apex Legends adalah sesuatu yang besar dalam minda kebanyakkan pemain-pemain Apex Legends tapi kita masih tidak tahu bilakah ianya akan dilancarkan.