Bagaimana Battle Pass Permainan Online Apex Legends Berfungsi

Bagaimana Battle Pass Apex Legends Berfungsi

Pernah terfikir bagaimana fungsi battle pass dalam permainan online battle royale Apex Legends yang dibuat oleh syarikat Respawn? Ini yang anda boleh harapkan pada legend-legend, senjata-senjata dan skin-skin yang baru.

Pelan hala tuju permainan online Apex Legends dilaksanakan dengan pantas sejak dari permulaan penciptaan permainan battle royale tersebut. Syarikat Respawn tidak membuang masa dalam mengeluarkan ciri-ciri baru pada Apex Legends seperti mengadakan kejohanan esports dan pelan kukuh buat isi kandungan permainan battle royale tersebut sejak pelancarannya. Ianya adalah satu perkara yang baik di mana Epic Games telah mengajar kita bahawa battle pass yang dilaksanakan dengan baik boleh memastikan pemain-pemain permainan online battle royale agar kekal terlibat dalam satu-satu permainan online. Di samping itu perbelanjaan atau pembelian yang kukuh dari pemain-pemain online terhadap skin-skin, senjata-senjata dan legend-legend baru bermakna bahawa permainan-permainan online battle royale seperti Fortnite dan Apex Legends boleh berterusan menjadikan permainan online tersebut percuma untuk dimainkan atau 'Free to Play'. Begitu juga bagi permainan online battle royale PUBG di mana pada awalnya ia bermula sebagai sebuah permainan premium tapi akhirnya ia juga berubah arah aliran kepada sistem battle pass bagi kitar hayat permainannya.

Syarikat Respawn sudah mempunyai pelan tindakan bagi permainan online battle royale Apex Legends kepunyaannya. Walaupun permainan ini kini mempunyai lapan karakter atau legend, lebih dari 20 jenis senjata dan berbagai-bagai skin, battle pass yang sepenuhnya hanya akan datang dalam bulan Mac ini. Oleh itu walaupun kita sudah mendapat gambaran secara sepintas lalu gameplay Apex Legends ini, kita hanya akan dapat melihat gambaran penuh apabila Syarikat Respwan mengupdatekan permainan Apex Legends dalam bulan Mac ini.

Maklumat tentang kandungan update baru ini amat sedikit sekali. Walau bagaimanapun sebagai syarikat yang membuat permainan online battle royale Titanfall sebelum ini, kita boleh mendapat gambaran atau mengagak apa update yang akan dilakukan nanti.

TARIKH KELUARAN BATTLE PASS UNTUK PERMAINAN ONLINE BATTLE ROYALE APEX LEGENDS

Keghairahan telah sampai kekemuncaknya, pemain-pemain online battle royale Apex Legends kini yang telah mencapai pemain seramai 50 juta orang di mana tajuk perbualan tentang battle pass ini telah hangat dibincangkan dirata-rata tempat seperti Twitch, YouTube dan lain-lain media sosial. Tapi malangnya, syarikat Respawn Entertainment masih lagi berahsia tentang tarikh sebenar pelancarannya dan ramai pemain-pemain Apex Legends merasa kecewa selepas 1 Mac 2019 masih tiada lagi update baru yang dilakukan. Buat masa sekarang maklumat pelancaran rasmi hanya yang diketahui akan dilakukan pada bulan Mac, jadi anda haruslah bersabar.

MAKLUMAT TENTANG BATTLE PASS UNTUK PERMAINAN ONLINE BATTLE ROYALE APEX LEGENDS

Terima kasih kepada Redditor u/Bozso46 yang telah menyusun sebuah senarai butiran mengenai maklumat akan datang tentang battle pass Apex Legends berdasarkan daripada komen-komen dan maklum balas dari devs, yang dijangkakan battle pass tersebut akan merangkumi dari sebuah campuran pek-pek Apex dan skin-skin atau barang-barang kosmetik yang eksklusif. Seperti dengan battle pass Fortnite, pemain tanpa Pass boleh membuka sebahagian daripada barang-barang melalui permainan biasa, tetapi kebanyakannya adalah semata-mata untuk pemilik pass.

Kita juga boleh menjangkakan kira-kira 100 tiers ke atas bagi setiap season yang berjalan kira-kira selama tiga bulan.


Battle Pass Apex Legends

PELAN HALA TUJU APEX LEGENDS 2019

Terdapat sebanyak empat season bagi setiap tahun dan yang pertama akan tiba pada bulan Mac walaupun kita masih tidak pasti berapa banyak kandungan yang akan dilancarkan pada permulaan bulan Mac dan tarikh keluaran battle pass Apex Legends yang sebenar. Season permulaan akan memberi kita rasa pertama buat battle pass Apex Legends dan juga akan memperkenalkan lebih banyak karakter-karakter atau legend-legend, senjata-senjata dan barang-barang lain untuk melengkapkan diri anda.

Setiap season akan berselang tiga bulan dan season kedua akan tiba pada bulan Jun, yang ketiga pada bulan September dan keempat pada bulan Disember. Setiap satu daripadanya akan membawa masuk legenda-lagenda tambahan, senjata-senjata dan barang-barang kelengkapan baru.

Season battle pass tertentu akan muncul lebih kurang sama seperti Fortnite dan kelihatannya Apex Legends mungkin akan mengikut rentak yang sama. Walaupun kita tidak pasti berapa banyak Respawn akan mengekalkan pada struktur Epic atau bagaimana ia akan menyimpang, kita percaya ia akan mengikuti rentak atau sistem yang sama bagi mengekalkan keterlibatan pemain-pemain untuk terus bermain di platformnya.