Apex Legends Tangani Penipuan Dan Spammer Dalam Game

Apex Legends Tangani Cheater dan Spammer Dalam Game

Di subreddit Apex Legends, syarikat Respawn telah membuat satu posting tentang maklumat baru mengenai cara mereka menanggani penipu-penipu permainan dan spammer-spammer di dalam game tersebut. Syarikat Respawn berkata mereka telah mengharamkan atau ban lebih daripada 355,000 pemain-pemain PC dengan mengunakan sistem Easy Anti-Cheat dan mereka sedang melaksanakan sebuah sistem laporan dalam permainan atau in-game report function untuk versi PC bagi permainan ini.


Dengan model bisnes "free to play" mereka dan peningkatan bilangan permain melebihi 50 juta orang, ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan di mana Apex Legends menjadi sasaran hacker-hacker dan penipu-penipu permainan. Respawn berkata walaupun sistem Easy Anti-Cheat sedang beroperasi untuk mengenali pemain-pemain yang menggunakan penipuan, "tetapi perperangan terhadap penipu-penipu permainan adalah suatu peperangan yang mereka harus lakukan dengan secara berterusan di mana mereka perlu sentiasa membuat penyesuaian dan berhati-hati dalam memeranginya."

Untuk memerangi penipuan secara efektik, Respawn berkata mereka melakukan tiga perkara. Mereka bekerjasama dengan pakar-pakar anti penipuan dari dalam dan luar, menambahkan pasukan anti penipuan dalam syarikat mereka dan menambahkan ciri laporan kepada versi PC Apex Legends yang berhubung terus dengan sistem Easy Anti-Cheat.

Respawn juga berkata mereka sedang menyelesaikan masalah isu spammer-spammer yang mengunakan pemilihan karakter dalam permainan untuk melakukan spam. Ini adalah di mana spammer-spammer akan memasuki permainan sehingga pada pemilihan karakter dan mereka akan menaip dan meletakkan pautan kepada perisian haram, kemudian mereka akan 'disconnect' dari permainan tersebut.

 Apex Legends Tangani Penipuan Dan Spammer Dalam Game

Ini adalah suatu yang benar-benar menganggu permainan Apex Legends dan ini memberi kelegaan bagi pemain-pemain apabila mendengar Respawn sedang mengatasi isu ini. Walau bagaimanapun syarikat Respawn belum bersedia untuk membincangkan langkah-langkah yang mereka ambil untuk menanggani masalah tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak mahu memberi spammer-spammer masa untuk melakukan sesuatu sebelum isu-isu tersebut diperbetulkan.

Untuk kestabilan permainan pula, Respawn akan berbincang dengan wakil-wakil dari syarikat AMD pada minggu yang akan datang dan bekerjasama dengan mereka untuk memperbaiki "PC client stability". Respawn berkata "PC client patch" yang akan datang membantu meningkatkan kestabilan. Dari segi prestasi pula, syarikat Respawn memberitahu bahawa mereka sedang membuat penambahbaikan dari segi aspek permainan juga.


 Apex Legends Tangani Penipuan Dan Spammer Dalam Game