Apakah Game Online Terbaik Selain Fortnite Dan Pubg?

Apakah Game Online Terbaik Selain Fortnite Dan Pubg?

Bilangan game online battle royale semakin meningkat tetapi prinsip permainan kesemuanya lebih kurang sama di mana ramai yang masuk untuk bermain dan akhirnya seorang sahaja atau satu pasukan sahaja yang kekal. Battle royale merupakan satu game mod 'multiplayer' yang agak ganas, tidak dapat diramalkan dan huru-hara di mana satu-satu tujuannya ialah untuk bertahan sehingga akhir.

Semua taktik dan gaya permainan boleh digunakan dalam permainan battle royale. Anda boleh memenangi perlawanan dengan bersembunyi dan menunggu sehingga bilangan pemain semakin berkurangan atau mengumpul senjata-senjata dan peluru dengan cepat dan bertempur terus dengan pihak lawan. Dengan kejayaan Fortnite dan PUBG, anda mungkin berfikir hanya dua permainan online battle royale yang ada diluar sana tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi persaingan lain dan yang paling terkenal sekarang mengalahkan kedua Fortnite dan PUBG adalah Apex Legends di mana sehinggakan kebanyakkan diantara streamer-streamer Twitch 10 teratas yang paling terkenal seperti MoonMoon_OW, DrDisrespect, Lirik, Shroud, Summit1G dan TIMTHETATMAN telah menumpukan sepenuh masa streaming Twitch mereka dengan bermain Apex Legends.

APEX LEGENDS

Dengan keindahan dunia dystopian berkuasa jentera Titanfall bersama kualiti perlawanan bersenjata yang membuatkan PUBG seperti sebuah permainan yang sudah ketinggalan zaman, tidak hairanlah bilangan pemain-pemain Apex Legends mencecah lebih daripada 25 juta pemain pada minggu pertamanya dilancarkan. Permainan battle royale yang dibuat oleh syarikat Respawn ini muncul dengan tiba-tiba dan telah mengalahkan Fornite pada bilangan angka penonton-penonton Twitch dalam tempoh tujuh hari pertamanya.

Senjata-senjata dalam permainan Apex Legends amat memuaskan dari segala segi. Ianya juga menggunakan sistem ping bagi memudahkan mereka yang tidak mempunyai 'mic' untuk berkomunikasi sesama ahli-ahli dalam pasukan mereka. Karakter-karakter pemain dalam Apex Legends juga amat unik menjadikan keseluruhan permainan online battle royale ini sangat memuaskan dan menyeronokan.

 Apakah Game Online Terbaik Selain Fortnite Dan Pubg?