Apa Yang Kita Mahukan Dari PUBG Mobile Dalam 2019

Apa Yang Kita Mahukan Dari PUBG Mobile Dalam 2019

Dengan map yang baru Vikendi snow dalam PUBG Mobile, usaha Tencent dalam genre battle royale untuk Android dan iOS menjadi lebih baik. Ini adalah hasil dari kecemerlangan reka bentuk map, senjata-senjata baru dan kenderaan-kenderaan yang baru. Sementara PUBG Mobile menjadi salah satu permainan mobile yang kita gemari pada 2018, ianya tidaklah tanpa kekurangan. Tidak dinafikan ianya lebih baik baik dari versi PC, PS4 dan Xbox tetapi kita masih menjumpai kekurangan pada beberapa bahagian tertentu yang penting. Disini ada beberapa penambahbaikan yang ingin kita lihat dalam PUBG Mobile tahun ini.

Salah satu perkara yang terbaik tentang PUBG Mobile ialah ianya boleh dimainkan pada kebanyakkan telefon Android walaupun dalam kebanyakkan kes permainan tersebut dihadkan pada 30fps melainkan jika anda menggunakan aplikasi third-party seperti GFX Tool. Terdapat beberapa pengecualian seperti Samsung Galaxy Note 9, iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max yang dapat mencapai 60fps dalam beberapa keadaan semasa permainan melalui penyelarasan frame rate dan pilihan setting grafik dalam permainan. Walaubagaimana pun ianya adalah lebih baik jika Tencent mempunyai togel dedicated 60fps yang membolehkan ianya dikunci bagi mendapat 60fps yang konsisten dalam permainan PUBG Mobile pada setting menu permainan tersebut. Permainan PUBG Mobile yang dikunci pada 60fps bagi kebanyakkan telefon pintar dan tablet dapat memberikan sebuah permainan yang responsif dan lancar, membuatkan kompetitif permainan tersebut lebih menyerlah. Jika Fortnite boleh membuatnya sudah tentu PUBG Mobile boleh membuatnya juga.

Ianya bukanlah menjadi satu rahsia, betapa popularnya PUBG Mobile 'livestreams', walaupun kebanyakkannya ianya dimainkan melalui PC menerusi 'emulator' dan adalah lebih baik jika PUBG Mobile mempunyai 'built-in streaming'  dan pilihan perkongsian atau 'sharing options'. Buat masa sekarang anda hanya boleh berkongsi 'screenshots' kemenangan anda dalam permainan sahaja. Ianya adalah satu yang baik jika Tencent dapat memuatkan sebuah sistem integrasi berhubung terus dengan YouTube, Twitch dan Facebook tanpa perlu menggunakan PC untuk 'emulate' permainan.