AMD 3rd Gen Ryzen Threadripper Sah Akan Dilancarkan Akhir 2019

AMD 3rd Gen Ryzen Threadripper Sah Akan Dilancarkan Akhir 2019

AMD baru sahaja mengesahkan bahawa 3rd Gen Ryzen Threadripper akan dilancarkan pada 2019. Sementara tiada tarikh spesifik yang dinyatakan dalam pembentangan pelabur pada bulan Mac 2019, AMD mengesahkan bahawa CPU 3000-series Ryzen Threadripper high-end desktop (HEDT) dirancang pengeluarannya pada akhir tahun ini.

AMD akan menggunakan 7nm process node buat pertama kalinya bersama Zen 2:  seni bina di belakang 3rd Gen Ryzen, EPYC dan Threadripper. AMD dengan yakinnya telah menyatakan prestasi dan kecekapan yang didapati dari TSMC’s advanced semiconductor manufacturing process akan menundukkan Intel i9 9900K dengan sampel kejuruteraan yang dinyatakan live diatas pentas CES 2019.

AMD dijangka akan memuatkan sehingga 16 teras atau 16-cores ke platform AM4 melalui pendekatan chiplet Zen 2. Bayangkan apa yang ia boleh lakukan dengan ruang yang diberikan oleh soket TR4 bersama Threadripper.

AMD 3rd Gen Ryzen Threadripper Sah Akan Dilancarkan Akhir 2019

Kedua-dua generasi Threadripper sebelum ini dilancarkan antara bulan Ogos dan Oktober. Bagaimanapun dengan CPU 3000-series Ryzen ianya akan dilancarkan sedikit lewat dari sebelum ini.

2019 ini akan menjadi tahun yang memberangsangkan bagi AMD. Bukan sahaja cip 7nm menggiatkan semula koleksi produk CPU untuk desktop, malahan Radeon Technologies Group juga memilih prosesor baru ini untuk kad grafik mereka. Kad grafik Radeon VII adalah yang pertama menggunakan cip prosesor 7nm.

 AMD 3rd Gen Ryzen Threadripper Sah Akan Dilancarkan Akhir 2019