Posts

Showing posts from 2019

Penipu Dalam Apex Legends Dikenakan Ban Kekal Menerusi Hardware PC Mereka

Image
Apex Legends tidak syak lagi adalah salah satu permainan video online battle royale yang paling hangat sekarang terutamanya selepes permainan 'free to play' battle royale ini mencapai seramai 50 juta pemain sebulan selepas ianya dilancarkan. Sudah tentu sesuatu yang memperolehi kemasyhuran yang begitu banyak dalam masa yang singkat, tidaklah ia menjadi sesuatu yang memeranjatkan jika permainan tersebut juga menarik perhatian penipu-penipu permainan atau 'cheaters' untuk meraih kelebihan yang tidak adil terhadap pemain-pemain yang lain.
Bulan lepas syarikat Respawn Entertainment mengambil pendirian tegas terhadap pemain-pemain yang menipu selepas ianya mengharamkan atau ban tidak kurang dari 16,000 pemain yang di tangkap melakukan penipuan semasa bermain permainan video online battle royale Apex Legends. Sekarang nampaknya bahawa syarikat Respawn sedang mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemain-pemain yang menipu atau 'cheaters' lebih-lebih lagi kepada …

Apa Yang Kita Mahukan Dari PUBG Mobile Dalam 2019

Image
Dengan map yang baru Vikendi snow dalam PUBG Mobile, usaha Tencent dalam genre battle royale untuk Android dan iOS menjadi lebih baik. Ini adalah hasil dari kecemerlangan reka bentuk map, senjata-senjata baru dan kenderaan-kenderaan yang baru. Sementara PUBG Mobile menjadi salah satu permainan mobile yang kita gemari pada 2018, ianya tidaklah tanpa kekurangan. Tidak dinafikan ianya lebih baik baik dari versi PC, PS4 dan Xbox tetapi kita masih menjumpai kekurangan pada beberapa bahagian tertentu yang penting. Disini ada beberapa penambahbaikan yang ingin kita lihat dalam PUBG Mobile tahun ini.
Salah satu perkara yang terbaik tentang PUBG Mobile ialah ianya boleh dimainkan pada kebanyakkan telefon Android walaupun dalam kebanyakkan kes permainan tersebut dihadkan pada 30fps melainkan jika anda menggunakan aplikasi third-party seperti GFX Tool. Terdapat beberapa pengecualian seperti Samsung Galaxy Note 9, iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max yang dapat mencapai 60fps dalam beberapa kead…

EA Dilaporkan Membayar Ninja RM4 Juta Supaya Streaming Bermain Apex Legends

Image
Pada saat ini, permainan online battle royale yang dimiliki oleh syarikat Respawn tidak perlu banyak bantuan dari segi kejayaannya, bilangan para pemain-pemain permainan online ini telah membuktikannya. Tetapi EA membuat pelaburan yang besar ke atas streamers-streamers sejurus  dengan pengumuman baru permainan tersebut dan sekarang kita telah dapat gambaran penuh betapa besar pelaburan tersebut. Dalam laporan yang baru menyatakan Tyler ‘Ninja’ Blevins telah dibayar sebanyak USD1 juta atau lebih kurang RM4 juta untuk bermain permainan tersebut semasa pelancarannya.

Angka tersebut didapati dari satu sumber yang tanpa nama melalui wawancara Reuters, walaubagaimana pun wakil-wakil bagi kedua-dua syarikat EA dan Ninja menolak dari membuat sebarang komen tentang kesahihan angka tersebut. Pendapatan Ninja sebelum ini berlegar dalam lingkungan USD500,000 atau lebih kurang RM2 juta sebulan pada tahun lepas, jadi bonus dari EA memberikan kelebihan keuntungan di atas pendapatan bulanannya.

Memanda…

PUBG Ban Di India Seramai 16 Pemain Telah Ditangkap

Image
Beberapa bandar di India telah ban PUBG Mobile dan pengharaman atau ban tersebut telah membawa kepada peningkatan penangkapan polis. Akhbar-akhbar media India telah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 16 penangkapan telah dilakukan setakat ini, walaubagaimana pun kebanyakkan mereka yang ditangkap telah menerima tindakan ringan dari pihak berkuasa di mana mereka yang ditangkap dibebaskan dengan jaminan polis.

Ini bukanlah pertama kalinya kita mendengar pihak polis mengambil tindakan terhadap permainan PUBG, di mana pihak berkuasa China menangkap ramai pembuat-pembuat cheat untuk pemain-pemain PUBG yang bermula tahun lepas, tetapi inilah kali pertama di mana penangkapan dilakukan kerana hanya dengan bermain permainan tersebut. Eurogamer melaporkan pertambahan bandar-bandar di India telah mengharamkan atau ban permainan PUBG atas kekhuatiran tentang penagihan dan promosi keganasan oleh permainan tersebut.

The Indian Express melaporkan sepuluh penangkapan telah dilakukan bermula di bandar …

Pembuat Cheat Apex Legends Mendapat RM20,000 Dalam Masa 4 Hari

Image
Seperti juga dengan mana-mana permainan online PC yang popular, Apex Legends telah pun menyaksikan kebanjiran dengan cheaters atau untuk lebih difahami iaitu pemain-pemain yang menggunakan penipuan untuk memenangi suatu-suatu permainan. Syarikat Respawn telah meningkatkan usaha menangani isu penipuan tersebut dengan membuat ban besar-besaran terhadap pemain-pemain yang menggunakan cheat tetapi usaha ini tidak dapat menghalang kebanjiran besar pemain-pemain yang masih terus mengunakannya dalam game. Menurut satu laporan yang baru, kesemua ini bermakna ianya adalah satu bisnes yang sangat menguntungkan bagi pembuat-pembuat cheat.

Salah satu pembuat cheat tersebut yang keluar dalam laporan Kotaku yang dikenali sebagai 'Dev' berkata bahawa dia mendapat hasil sebanyak USD5,000 atau lebih kurang RM20,000 dari hasil jualan cheat tersebut dalam masa 4 hari sahaja, sebuah pengakuan yang telah disahkan bersama dengan screenshot penyata-penyata kewangan. 'Dev' sebelum ini telah me…

Kenapa Anda Dinasihati Jangan Membeli GTX 1660 Ti

Image
Dalam post hari ini sebenarnya saya hendak membincangkan supaya kita boleh lebih mendapat kefahaman yang penuh tentang apa yang harus anda lihat apabila membeli kad-kad grafik.

Gtx 1660 Ti adalah suatu yang sudah ditunggu lama sebagai pengganti GTX 1060 yang berharga diantara RM1200 hingga RM1400. Apabila anda bandingkan GTX 1660 Ti dengan GTX 1060 ianya lebih kurang diantara 35% hingga 40% prestasi yang lebih baik dengan harga yang lebih kurang sama semasa dilancarkan. Ianya merupakan suatu penambahbaikan yang besar yang membuatkannya sebagai satu kad grafik yang menarik untuk dibeli, lebih-lebih lagi prestasinya yang lebih kurang sama dengan prestasi GTX 1070 dan ianya adalah satu-satunya kad grafik yang mudah untuk disyorkan supaya anda membelinya dan hakikatnya antara GTX 1660 Ti dan GTX 2060, Gtx 1660 Ti adalah terbaik dari segi bandingan harga untuk prestasi yang ada di pasaran sekarang.

Jika pandangan tadi dilihat baik supaya membeli GTX 1660 Ti, jadi kenapa anda dinasihati janga…

Konami Sedang Membuat Menara Esports Yang Sangat Besar Di Tokyo

Image
Syarikat permainan video Konami pada suatu masa dahulu sebagai pembuat permainan video Metal Gear Solid series, sekarang sedang membangunkan sebuah menara di Tokyo yang akan menjadi sebuah pusat esports yang mempunyai pelbagai fungsi.
Bangunan 12 tingkat tersebut akan dinaikkan di kawasan Ginza, Tokyo daerah membeli-belah. Siliconera melaporkan bahawa menara tersebut akan diberi nama Konami Creative Center di mana ia akan menempatkan sebuah arena esports yang canggih berfungsi untuk melatih dan mengajar dalam bidang-bidang esports dan juga sebagai pusat membeli-belah yang khusus dalam penjualan barangan esports.
Pembangunan menara tersebut dijangka siap pada bulan November yang bersesuaian dengan Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.
"Mereka yang mengambil bahagian dalam esports di masa hadapan akan menyamai seperti orang-orang yang mengambil bahagian dalam sukan di kehidupan sebenar seperti bola sepak, malah lebih dari itu." kata president Konami Kimihiko Higashio. Beliau berka…

Apex Legends Tangani Penipuan Dan Spammer Dalam Game

Image
Di subreddit Apex Legends, syarikat Respawn telah membuat satu posting tentang maklumat baru mengenai cara mereka menanggani penipu-penipu permainan dan spammer-spammer di dalam game tersebut. Syarikat Respawn berkata mereka telah mengharamkan atau ban lebih daripada 355,000 pemain-pemain PC dengan mengunakan sistem Easy Anti-Cheat dan mereka sedang melaksanakan sebuah sistem laporan dalam permainan atau in-game report function untuk versi PC bagi permainan ini.
Dengan model bisnes "free to play" mereka dan peningkatan bilangan permain melebihi 50 juta orang, ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan di mana Apex Legends menjadi sasaran hacker-hacker dan penipu-penipu permainan. Respawn berkata walaupun sistem Easy Anti-Cheat sedang beroperasi untuk mengenali pemain-pemain yang menggunakan penipuan, "tetapi perperangan terhadap penipu-penipu permainan adalah suatu peperangan yang mereka harus lakukan dengan secara berterusan di mana mereka perlu sentiasa membuat penyesua…

Nvidia Kata Jika Lebih Berbelanja Pada Kad Grafik, Anda Akan Lebih Memenangi Fornite

Image
Nvidia kata jika lebih berbelanja pada kad grafik, anda akan lebih memenangi Fornite, satu kenyataan yang pelik tapi itulah yang diperkatakan oleh Jen-Hsun.
Apa yang selalu diperkata oleh Jen-Hsun iaitu "lebih banyak anda membeli, lebih banyak anda dapat berjimat"? Kedua kenyataan ini mempunyai nada yang sama. Menurut data tersendiri Nvidia, kad grafik yang mahal atau kad grafik high-end membolehkan anda mendapat K/D ratio yang tinggi dalam permainan pc PlayerUnknown’s Battlegrounds dan Fortnite dan anda tak perlu menjadi pro esports untuk mencapainya.
Menurutnya monitor pc yang mempunyai refresh rate yang tinggi dan kad grafik yang terbaik adalah senjata kepada pemain-pemain terbaik esports. Secara tak langsung membuktikan bahawa hardware pc adalah faktor yang penting untuk perjalanan pemain-pemain permainan video pc untuk mencapai ke tahap ranking pemain-pemain terbaik esports dan Nvidia menyatakan ianya juga dapat membantu pemain-pemain kasual permainan pc online battle roy…

AMD 3rd Gen Ryzen Threadripper Sah Akan Dilancarkan Akhir 2019

Image
AMD baru sahaja mengesahkan bahawa 3rd Gen Ryzen Threadripper akan dilancarkan pada 2019. Sementara tiada tarikh spesifik yang dinyatakan dalam pembentangan pelabur pada bulan Mac 2019, AMD mengesahkan bahawa CPU 3000-series Ryzen Threadripper high-end desktop (HEDT) dirancang pengeluarannya pada akhir tahun ini.
AMD akan menggunakan 7nm process node buat pertama kalinya bersama Zen 2:  seni bina di belakang 3rd Gen Ryzen, EPYC dan Threadripper. AMD dengan yakinnya telah menyatakan prestasi dan kecekapan yang didapati dari TSMC’s advanced semiconductor manufacturing process akan menundukkan Intel i9 9900K dengan sampel kejuruteraan yang dinyatakan live diatas pentas CES 2019.
AMD dijangka akan memuatkan sehingga 16 teras atau 16-cores ke platform AM4 melalui pendekatan chiplet Zen 2. Bayangkan apa yang ia boleh lakukan dengan ruang yang diberikan oleh soket TR4 bersama Threadripper.

Kedua-dua generasi Threadripper sebelum ini dilancarkan antara bulan Ogos dan Oktober. Bagaimanapun dengan…

Prestasi Kad Grafik GTX 1060 dan RX 580 Untuk Permainan PC Apex Legends

Image
Analisa prestasi permainan pc Apex Legends. Setting terbaik untuk mendapatkan 60fps. Siap sediakan kad grafik NVIDIA dan AMD anda untuk permainan ini.

Apex Legends telah menakluki dunia secara tiba-tiba dengan kejutan pelancarannya pada 4 Februari 2019. Kini terdapat lebih daripada 50 juta orang bermain permainan ini sejak satu bulan dari tarikh pelancarannya. Dan kenaikan stat pemain yang mendadak dan tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa ianya akan berhenti, ini menjadikan permainan PC Apex Legends permainan battle royale yang pertama untuk datang mengetuk pintu di menara gading Fortnite.

Apex Legends diperbuat daripada sumber enjin Valve Corporation iaitu sebuah enjin yang dibuat pada suatu masa yang lalu boleh dikata telah lapuk, dibuat sebelum Fortnite, sebelum 'lootboxes'. Syarikat Respawn Entertainment telah memperbaiki enjin ini dari Titanfall 2 dan memberikannya nafas baru untuk kemunculan permainan battle royale barunya sambil melakukan beberapa tweak tambahan pada graf…

Permainan PC Terbaik Yang Merilekskan

Image
Sudah muak dengan permainan-permainan PC yang penuh dengan letupan dan keganasan? Di sini ada sebuah tajuk permainan PC terbaik yang dapat merilekskan minda anda.

Apakah permainan PC yang anda perlu main untuk membantu anda menghilangkan stres tanpa terlalu memfokus kepada keadaan huru-hara permainan tersebut? Kadangkala kita tidak mahu mengakhiri hari kita yang panjang dan sibuk dengan bermain permainan yang memerlukan percubaan 100 kali dengan fokus yang tinggi hanya untuk meneruskan permainan seperti permainan PC Dark Souls.

Disini ada sebuah permainan PC yang dapat merileks anda sambil mempunyai gragik-grafik yang amat indah dan menarik. Permainan  ini sangat merilekskan tanpa aksi-aksi yang ganas atau letupan-letupan yang boleh mengegarkan skrin monitor anda. Ia juga mempunyai soundtrack di mana alunan muziknya yang perlahan-lahan akan menarik anda ke dalam dunia lautan dalam yang menarik dan indah tanpa perlu bergegas dalam memainkan permainan PC ini.

Jika anda perlu berehat seketi…

Bagaimana Battle Pass Permainan Online Apex Legends Berfungsi

Image
Pernah terfikir bagaimana fungsi battle pass dalam permainan online battle royale Apex Legends yang dibuat oleh syarikat Respawn? Ini yang anda boleh harapkan pada legend-legend, senjata-senjata dan skin-skin yang baru.

Pelan hala tuju permainan online Apex Legends dilaksanakan dengan pantas sejak dari permulaan penciptaan permainan battle royale tersebut. Syarikat Respawn tidak membuang masa dalam mengeluarkan ciri-ciri baru pada Apex Legends seperti mengadakan kejohanan esports dan pelan kukuh buat isi kandungan permainan battle royale tersebut sejak pelancarannya. Ianya adalah satu perkara yang baik di mana Epic Games telah mengajar kita bahawa battle pass yang dilaksanakan dengan baik boleh memastikan pemain-pemain permainan online battle royale agar kekal terlibat dalam satu-satu permainan online. Di samping itu perbelanjaan atau pembelian yang kukuh dari pemain-pemain online terhadap skin-skin, senjata-senjata dan legend-legend baru bermakna bahawa permainan-permainan online batt…

Selepas Sebulan Apex Legends Mencecah 50 Juta Pemain

Image
Apex Legends mengambil masa lapan jam untuk mencecah ke satu juta pemain, 24 jam untuk mencecah 2.5 juta pemain dan 72 jam untuk mencecah 10 juta pemain. Seminggu selepas itu angka tersebut meningkat ke 25 juta pemain dengan bilangan yang tinggi menunjukkan seramai 2 juta pemain sedang bermain dalam satu-satu permainan dan ia menunjukkan tiada tanda-tanda untuk berhenti.

Dalam satu video yang diterbitkan pada awal hari ini melalui akaun YouTube rasmi permainan ini mengumumkan bahawa battle royale oleh syarikat Respawn, walaupun hanya telah keluar selama sebulan kini mempunyai lebih daripada 50 juta pemain berdaftar.

Sistem ping yang digunakan dalam permainan tersebut menunjukkan bahawa ianya suatu sistem yang berjaya dimana 31 billion ping telah digunakan dalam permainan tersebut sehingga hari ini.

Fortnite mengambil masa 16 minggu untuk mencecah angka seramai 45 juta pemain yang bermain permainannya sementara Apex Legends hanya mengambil masa 4 minggu untuk mencapai angka tersebut, ini …

Apakah Game Online Terbaik Selain Fortnite Dan Pubg?

Image
Bilangan game online battle royale semakin meningkat tetapi prinsip permainan kesemuanya lebih kurang sama di mana ramai yang masuk untuk bermain dan akhirnya seorang sahaja atau satu pasukan sahaja yang kekal. Battle royale merupakan satu game mod 'multiplayer' yang agak ganas, tidak dapat diramalkan dan huru-hara di mana satu-satu tujuannya ialah untuk bertahan sehingga akhir.

Semua taktik dan gaya permainan boleh digunakan dalam permainan battle royale. Anda boleh memenangi perlawanan dengan bersembunyi dan menunggu sehingga bilangan pemain semakin berkurangan atau mengumpul senjata-senjata dan peluru dengan cepat dan bertempur terus dengan pihak lawan. Dengan kejayaan Fortnite dan PUBG, anda mungkin berfikir hanya dua permainan online battle royale yang ada diluar sana tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi persaingan lain dan yang paling terkenal sekarang mengalahkan kedua Fortnite dan PUBG adalah Apex Legends di mana sehinggakan kebanyakkan diantara streamer-streamer Twit…

10 Game Online Battle Royale 2019 Akan Datang Untuk PC Dan PS4

Image
Jika terdapat sebuah genre permainan video atau video games yang popular buat masakini sudah tentunya ianya adalah genre online Battle Royale untuk PC, PS4 dan juga telefon pintar.
Dalam post hari ini kita akan senaraikan 10 tajuk permainan video online Battle Royale yang akan datang dalam tahun 2019 ini untuk PC dan PS4.
Yang pertama: Planetside Arena (Multiplayer Sci-Fi Arena Shooter)
Yang kedua: Battlefield 5 Firestorm (FPS Gameplay)
Yang ketiga: Stormdivers (3rd Person Multiplayer Centric Shooter)
Yang keempat: Mavericks (MMORPG Style Social Hub)
Yang kelima: Farside (Vehicles, Weapons, Items, Etc)
Yang keenam: PROXIMA ROYALE (First-Person Perspective)
Yang ketujuh: Past Due (Sci-Fi Characters)
Yang kelapan: notmycar (Combines FPS and Vehicle Battles)
Yang kesembilan: NAR - Not Another Royale (Multiplayer Shooter)
Yang kesepuluh: VALHALL (PvP Medieval First-Person Slasher)

Tajuk-tajuk permainan video online Battle Royale yang tersenarai diatas semuanya dalam proses pembikinan dan mungkin tidak semua ak…

Main Apex Legends Caustic Hampir Kalah Tapi .....

Image
Saya bermain Apex Legends sebagai 'Caustic' kali ini, dimana team kami hampir kalah tapi menang akhirnya. Bagi yang belum mengetahui mengenai game online battle royale Apex Legends ini, permainan ini dimain beramai-ramai dimana setiap game terdiri daripada 20 pasukan dan setiap pasukan mempunyai 3 pemain menjadikan keseluruhan pemain berjumlah 60 orang untuk setiap perlawanan.

Team saya kali ini terdiri daripada pemain yang mempunyai nickname 'MBeMek' bermain sebagai 'Lifeline' dan 'KecoaKosmik' bermain sebagai 'Bangalore' dan saya sebagai 'Caustic'.

Game kali ni boleh dikata memuaskan saya kerana tiada yang quit atau go offline dari ahli-ahli team kami disepanjang perlawanan tersebut. Dibabak akhir perlawanan dimana tinggal 2 pasukan sahaja, team kami dan team lawan, pertarungan sengit berlangsung dimana 2 ahli dari team kami telah 'down' dan hanya tinggal saya seorang sahaja, begitu juga dengan pihak lawan dimana team mereka juga…

Main Apex Legends Sebagai Bangalore Gameplay #1

Image
Kali ni main Apex Legends agak susah sedikit kerana salah seorang pemain yang mempunyai nickname 'Jiahao2327' yang bermain sebagai karakter 'Lifeline' telah quit dari awal lagi dan hanya tinggal 2 orang sahaja dalam team kami iaitu saya dan pemain yang mempunyai nickname 'ApesQueen'. Saya bermain sebagai karakter 'Bangalore' dan ApesQueen bermain sebagai karakter 'Mirage'.
Memandangkan keadaan pasukan kami yang kekurangan dari segi taktikal, kami cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari bertembung dengan pasukan-pasukan pihak lawan yang kesemuanya termasuk kami berjumlah 19 pasukan. Akhirnya kami berjaya bertahan sehingga tinggal 2 pasukan sahaja tapi malangnya pasukan kami kalah akhirnya dan hanya dapat menduduki tempat kedua.

Subscribe Channel YouTube ⇨ Firewrath123