Posts

Penipu Dalam Apex Legends Dikenakan Ban Kekal Menerusi Hardware PC Mereka

Image
Apex Legends tidak syak lagi adalah salah satu permainan video online battle royale yang paling hangat sekarang terutamanya selepes permainan 'free to play' battle royale ini mencapai seramai 50 juta pemain sebulan selepas ianya dilancarkan. Sudah tentu sesuatu yang memperolehi kemasyhuran yang begitu banyak dalam masa yang singkat, tidaklah ia menjadi sesuatu yang memeranjatkan jika permainan tersebut juga menarik perhatian penipu-penipu permainan atau 'cheaters' untuk meraih kelebihan yang tidak adil terhadap pemain-pemain yang lain.
Bulan lepas syarikat Respawn Entertainment mengambil pendirian tegas terhadap pemain-pemain yang menipu selepas ianya mengharamkan atau ban tidak kurang dari 16,000 pemain yang di tangkap melakukan penipuan semasa bermain permainan video online battle royale Apex Legends. Sekarang nampaknya bahawa syarikat Respawn sedang mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemain-pemain yang menipu atau 'cheaters' lebih-lebih lagi kepada …

Apa Yang Kita Mahukan Dari PUBG Mobile Dalam 2019

Image
Dengan map yang baru Vikendi snow dalam PUBG Mobile, usaha Tencent dalam genre battle royale untuk Android dan iOS menjadi lebih baik. Ini adalah hasil dari kecemerlangan reka bentuk map, senjata-senjata baru dan kenderaan-kenderaan yang baru. Sementara PUBG Mobile menjadi salah satu permainan mobile yang kita gemari pada 2018, ianya tidaklah tanpa kekurangan. Tidak dinafikan ianya lebih baik baik dari versi PC, PS4 dan Xbox tetapi kita masih menjumpai kekurangan pada beberapa bahagian tertentu yang penting. Disini ada beberapa penambahbaikan yang ingin kita lihat dalam PUBG Mobile tahun ini.
Salah satu perkara yang terbaik tentang PUBG Mobile ialah ianya boleh dimainkan pada kebanyakkan telefon Android walaupun dalam kebanyakkan kes permainan tersebut dihadkan pada 30fps melainkan jika anda menggunakan aplikasi third-party seperti GFX Tool. Terdapat beberapa pengecualian seperti Samsung Galaxy Note 9, iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max yang dapat mencapai 60fps dalam beberapa kead…

EA Dilaporkan Membayar Ninja RM4 Juta Supaya Streaming Bermain Apex Legends

Image
Pada saat ini, permainan online battle royale yang dimiliki oleh syarikat Respawn tidak perlu banyak bantuan dari segi kejayaannya, bilangan para pemain-pemain permainan online ini telah membuktikannya. Tetapi EA membuat pelaburan yang besar ke atas streamers-streamers sejurus  dengan pengumuman baru permainan tersebut dan sekarang kita telah dapat gambaran penuh betapa besar pelaburan tersebut. Dalam laporan yang baru menyatakan Tyler ‘Ninja’ Blevins telah dibayar sebanyak USD1 juta atau lebih kurang RM4 juta untuk bermain permainan tersebut semasa pelancarannya.

Angka tersebut didapati dari satu sumber yang tanpa nama melalui wawancara Reuters, walaubagaimana pun wakil-wakil bagi kedua-dua syarikat EA dan Ninja menolak dari membuat sebarang komen tentang kesahihan angka tersebut. Pendapatan Ninja sebelum ini berlegar dalam lingkungan USD500,000 atau lebih kurang RM2 juta sebulan pada tahun lepas, jadi bonus dari EA memberikan kelebihan keuntungan di atas pendapatan bulanannya.

Memanda…

PUBG Ban Di India Seramai 16 Pemain Telah Ditangkap

Image
Beberapa bandar di India telah ban PUBG Mobile dan pengharaman atau ban tersebut telah membawa kepada peningkatan penangkapan polis. Akhbar-akhbar media India telah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 16 penangkapan telah dilakukan setakat ini, walaubagaimana pun kebanyakkan mereka yang ditangkap telah menerima tindakan ringan dari pihak berkuasa di mana mereka yang ditangkap dibebaskan dengan jaminan polis.

Ini bukanlah pertama kalinya kita mendengar pihak polis mengambil tindakan terhadap permainan PUBG, di mana pihak berkuasa China menangkap ramai pembuat-pembuat cheat untuk pemain-pemain PUBG yang bermula tahun lepas, tetapi inilah kali pertama di mana penangkapan dilakukan kerana hanya dengan bermain permainan tersebut. Eurogamer melaporkan pertambahan bandar-bandar di India telah mengharamkan atau ban permainan PUBG atas kekhuatiran tentang penagihan dan promosi keganasan oleh permainan tersebut.

The Indian Express melaporkan sepuluh penangkapan telah dilakukan bermula di bandar …

Pembuat Cheat Apex Legends Mendapat RM20,000 Dalam Masa 4 Hari

Image
Seperti juga dengan mana-mana permainan online PC yang popular, Apex Legends telah pun menyaksikan kebanjiran dengan cheaters atau untuk lebih difahami iaitu pemain-pemain yang menggunakan penipuan untuk memenangi suatu-suatu permainan. Syarikat Respawn telah meningkatkan usaha menangani isu penipuan tersebut dengan membuat ban besar-besaran terhadap pemain-pemain yang menggunakan cheat tetapi usaha ini tidak dapat menghalang kebanjiran besar pemain-pemain yang masih terus mengunakannya dalam game. Menurut satu laporan yang baru, kesemua ini bermakna ianya adalah satu bisnes yang sangat menguntungkan bagi pembuat-pembuat cheat.

Salah satu pembuat cheat tersebut yang keluar dalam laporan Kotaku yang dikenali sebagai 'Dev' berkata bahawa dia mendapat hasil sebanyak USD5,000 atau lebih kurang RM20,000 dari hasil jualan cheat tersebut dalam masa 4 hari sahaja, sebuah pengakuan yang telah disahkan bersama dengan screenshot penyata-penyata kewangan. 'Dev' sebelum ini telah me…

Kenapa Anda Dinasihati Jangan Membeli GTX 1660 Ti

Image
Dalam post hari ini sebenarnya saya hendak membincangkan supaya kita boleh lebih mendapat kefahaman yang penuh tentang apa yang harus anda lihat apabila membeli kad-kad grafik.

Gtx 1660 Ti adalah suatu yang sudah ditunggu lama sebagai pengganti GTX 1060 yang berharga diantara RM1200 hingga RM1400. Apabila anda bandingkan GTX 1660 Ti dengan GTX 1060 ianya lebih kurang diantara 35% hingga 40% prestasi yang lebih baik dengan harga yang lebih kurang sama semasa dilancarkan. Ianya merupakan suatu penambahbaikan yang besar yang membuatkannya sebagai satu kad grafik yang menarik untuk dibeli, lebih-lebih lagi prestasinya yang lebih kurang sama dengan prestasi GTX 1070 dan ianya adalah satu-satunya kad grafik yang mudah untuk disyorkan supaya anda membelinya dan hakikatnya antara GTX 1660 Ti dan GTX 2060, Gtx 1660 Ti adalah terbaik dari segi bandingan harga untuk prestasi yang ada di pasaran sekarang.

Jika pandangan tadi dilihat baik supaya membeli GTX 1660 Ti, jadi kenapa anda dinasihati janga…

Konami Sedang Membuat Menara Esports Yang Sangat Besar Di Tokyo

Image
Syarikat permainan video Konami pada suatu masa dahulu sebagai pembuat permainan video Metal Gear Solid series, sekarang sedang membangunkan sebuah menara di Tokyo yang akan menjadi sebuah pusat esports yang mempunyai pelbagai fungsi.
Bangunan 12 tingkat tersebut akan dinaikkan di kawasan Ginza, Tokyo daerah membeli-belah. Siliconera melaporkan bahawa menara tersebut akan diberi nama Konami Creative Center di mana ia akan menempatkan sebuah arena esports yang canggih berfungsi untuk melatih dan mengajar dalam bidang-bidang esports dan juga sebagai pusat membeli-belah yang khusus dalam penjualan barangan esports.
Pembangunan menara tersebut dijangka siap pada bulan November yang bersesuaian dengan Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.
"Mereka yang mengambil bahagian dalam esports di masa hadapan akan menyamai seperti orang-orang yang mengambil bahagian dalam sukan di kehidupan sebenar seperti bola sepak, malah lebih dari itu." kata president Konami Kimihiko Higashio. Beliau berka…